Ingin tanya tentang jumlah pinjaman bank yang anda mungkin boleh dapat untuk harta tanah yang anda beli
Anda boleh telefon kami untuk memberitahu tentang (1) Pendapatan kasar bulanan semasa anda (2) Bayaran pinjaman ansuran bulanan semasa anda (3) Tempoh bayaran pinjaman yang anda mungkin boleh dapat. Kami mungkin dapat menganggar jumlah pinjaman bank yang anda mungkin boleh dapat untuk harta tanah yang anda beli.
Contoh-contoh di bawah menunjukkan cara pengiraan untuk (1) Pendapatan kasar bulanan semasa anda (2) Bayaran pinjaman ansuran bulanan semasa anda (3) Tempoh bayaran pinjaman yang anda mungkin boleh dapat.
Syarat Asas Untuk Peminjam
Untuk memohon pinjaman harta tanah di Malaysia, peminjam mesti memenuhi syarat-syarat asas di bawah:-
Maklumat Diperlukan Untuk Pengiraan Jumlah Pinjaman
Pengiraan Pendapatan Kasar Bulanan Semasa
Pendapatan Kasar Bulanan Semasa merangkumi purata semua pendapatan yang diperolehi bulanan termasuk gaji, sewa diperolehi daripada harta tanah, fi pengarah syarikat, bunga simpanan tetap bank, bonus ASB dan pendapatan daripada perniagaan milikan tunggal. Pendapatan lain mungkin dipertimbangkan bergantung kepada rundingan dengan pembiaya pinjaman.
Contoh di bawah menunjukkan pengiraan pendapatan kasar bulanan semasa.
Contohnya:-
Alex mempunyai pendapatan kasar bulanan semasa seperti di bawah:-
Kita boleh jumlahkan semua pendapatan kasar tersebut untuk mendapat jumlah pendapatan kasar bulanan semasa seperti di bawah:-
RM4,000 + RM1,760 + RM3,000 + RM1,000 + RM667 + RM4,800
= RM15,227 (Pendapatan Kasar Bulanan Semasa
Kenyataan:
Pengiraan Bayaran Pinjaman Bulanan Ansuran Semasa
Bayaran Pinjaman Ansuran Bulanan Semasa merangkumi bayaran pinjaman ansuran bulanan yang ditunjukkan dalam dalam CRRIS seperti pinjaman kenderaan, pinjaman peribadi, pinjaman harta tanah, hutang kad kredit, pinjaman pendidikan dan pinjaman yang lain.
Contoh di bawah menunjukkan pengiraan jumlah bayaran pinjaman ansuran bulanan.
Contohnya:-
RM6,000 (bayaran pinjaman kenderaan bulanan) + RM400 (bayaran hutang kad kredit bulanan) + RM2,000 (bayaran pinjaman peribadi bulanan) *Bayaran pinjaman bulanan yang telah ditolak dalam slip gaji bulanan tidak seharusnya diambilkira dalam perngiraan ini.
= RM8,400 (Bayaran Pinjaman Ansuran Bulanan Semasa )
Pengiraan Tempoh Bayaran Pinjaman Yang Anda Mungkin Boleh Dapat
Tempoh bayaran pinjaman maxima adalah 30 tahun sehingga umur 70 tahun. Syarat ini berlainan daripada satu bank dengan bank yang lain.
Contoh di bawah menunjukkan pengiraan tempoh bayaran pinjaman maxima peminjam.
Contohnya,
Alex 45 tahun umurnya. Dia boleh dapat tempoh pinjaman hanya 25 tahun sehingga umur 70 tahun walaupun tempoh pinjaman maxima adalah 30 tahun kerana umur maxima adalah 70 tahun.
Alex 35 tahun umurnya. Dia boleh dapat tempoh pinjaman 30 tahun sehingga umur 65 tahun walaupun umur maxima adalah 70 tahun kerana tempoh pinjaman maxima adalah 30 tahun.
Perkara-Perkara Lain Yang Berkaitan
Kenyataan
RE Global tidak bertanggungjawap terhadap segala kerugian atau liabilti dialami oleh mana-mana pihak kerana bergantung kepada maklumat di atas dari segi ketepatan masa, kesempurnaan dan ketepatan maklumat tersebut. Justeru itu, kami bercadang supaya nasihat profesional daripada pihak profesional dan ahli bank yang berkaitan diperolehi.
Contact Us 联络我们
Mr. Samuel Lee Sam Lin 李浩麟
Executive Director 执行董事
B. Surv. (Property Management), Registered Valuer and Agent (Property and Plant & Machinery), Property Manager & Investment Consultant 荣誉学位(资产管理 ), 政府注册估价师及代理(房产及机械), 资产管理经理及投资顾问
Email 电邮: reglobal1property@gmail.com
WeChat ID 微信号: SamuelLeeSamLin
Mobile 手机: +6012 207 0420
Kindly write down your inquiry details in the message box below. 请在以下信息箱留下您的询问详情.